updates:
Terima Kasih, Datang Lagi :)
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

Tunjuk Ajar ku Sifu..!

( gambar hiasan sumbangan google )




Entri ini bukanlah berkenaan rancangan Mentor yang disiarkan di TV3, bukan juga berkenaan Sifu M.Nasir, sifu - sifu karut dalam cerita kungfu mahupun Kungfu Panda lagilah tiada kena mengena. Ini cerita tentang sifu aku, Sifu Blogger. Mereka tidak pernah menggelarkan diri mereka sifu pun, aku sendiri yang pandai - pandai bagi title sifu kepada mereka. Sebabnya? Aku telah banyak menimba ilmu dari entri - entri tutorial yang ditulis mereka. Biar aku kenalkan kepada kamu siapa sifu yang aku maksudkan.


Sifu 1 - Blogmenjerit.com

Awal penglibatan aku dalam dunia blogger aku telah bersifukan kepada blog ini. Blog yang ditulis oleh Marzuki Jalil ini menjadi kunjungan aku setiap hari dan boleh dikatakan setiap hari jugalah aku mencuba tutorial yang ada di blog tersebut. Benda pertama yang aku belajar dari beliau adalah cara membuat layout 3 kolum. Tapi sekarang sifu aku ni sudah beralih arah kepada Dilarangmelarang.com . Tutorial yang ditulis juga sudah tidak kelihatan. Mungkin sudah menjadi sifu di tempat lain. Selain sifu, blog azizulluqman.blogspot.com juga menggunakan perkataan dilarangmelarang tetapi beliau dan sifu aku adalah orang yang berbeza.


Sifu 2 - eryzaqistina.blogspot.com

Akak Eryza ni bukan sebarang akak sebab beliau telah menulis banyak tutorial. Selain dari menulis tutorial, beliau juga banyak menerima permintaan untuk sesuatu tutorial. Berbekalkan tutorial yang mudah difahami dan juga rupa blog yang menarik, blog ini memang menjadi pilihan aku untuk belajar. Malangnya blog ini telah hilang, mungkin beliau menjadi sifu di tempat lain juga. :(


Sifu 3 - yanieputrjaya.blogspot.com

Blog ini bukanlah blog tutorial sebagaimana blog sifu - sifu aku yang lain. Bagi aku ianya sebuah blog yang kreatif dan menarik. Dipenuhi dengan gambar - gambar yang tersusun. Akak Yanie ni tersenarai sebagai sifu aku sebab beliau telah mengajar aku bagaimana cara meng-edit gambar dan membuat header blog. Blog beliau masih ada cuma kadang - kadang terpapar ayat 'This blog is open to invited readers only' sebab beliau mungkin dalam proses menukar rupa blog.


Sifu 4 - hanatrg.blogspot.com

Blog yang ditulis oleh Along Arman ini adalah blog campuran tutorial dan cerita harian beliau. Merupakan sifu aku yang pemarah, ehhh.. peramah. Beliau seringkali membalas teguran aku dan pengunjung - pengunjung lain di blog beliau. Juga menerima permintaan untuk tutorial dari pembaca. Butang 'baca selanjutnya' yang ada pada blog aku sekarang ini merupakan hasil tunjuk ajar dari tutorial beliau. Blog ini masih ada cuma khabarnya Along Arman mahu bersara dari menulis tutorial.


Sifu 5 - beautifulbeta.blogspot.com

Ini bakal sifu aku ( baru jumpa semasa aku menulis entri ini ). Terjumpa semasa aku melawat rumah atok Google. Walaupun aku belum menuntut apa - apa ilmu dari beliau tetapi hasil pemerhatian aku, di blog itu penuh dengan tutorial yang berguna. Semoga aku dapat memanfaatkan segala ilmu dari Sifu! Dan jangan bersara terlalu awal. ;)


Sebenarnya ada beberapa lagi sifu aku tetapi aku tak ingat ( ampunkan daku wahai sifu ). Baru sekarang aku perasan yang kebanyakkan sifu aku adalah berjantina perempuan. Sifu - sifu aku juga kebanyakannya sudah berhenti dari menulis tutorial, jadi terpaksalah aku mencari sifu baru. Terima kasih sifu - sifu sekalian, jasamu akan ku kenang!


( p/s : Kalau diikutkan hati mahu saja aku menyalin semula tutorial - tutorial yang berguna itu sebelum hilang, tetapi... :/ )

Komen anda adalah penghargaan untuk Penulis

Monday, June 21, 2010

Ragam Blogger - Macam macam hal..!!


Yeah, bila aku tiada idea untuk pos entri, aku akan melakukan aktiviti melawat blog. Dari otak turun ke jari satu blog ke satu blog pasti ada isu yang dibangkitkan. Adakalanya sedap dibaca dan ada juga yang tidak. Antara isu "panas" yang dibangkitkan adalah isu plagiat ( curi, ciplak ) dan kutuk mengutuk antara blogger. Bila baca entri - entri macam tu, adakalanya aku rasa kelakar dari menonton Senario pun ada. Kamu memang layak jadi penghibur! ;)


Plagiat



Pada pandangan aku, sesiapa sahaja tidak suka hasilnya ditiru. Lebih - lebih lagi entri tersebut adalah hasil "perah otak" mereka sendiri. Bayangkan jika kamu mencari idea sampai sakit - sakit kepala atau mungkin juga sampai sawan dibuatnya, tiba - tiba hasil itu dicuri. Waaaa.. Boleh bertukar jadi Hulk dibuatnya. Kalau situasi begini memang patut pun marah tapi hendak marah sekalipun biar kena pada caranya. Aku juga ada mengambil bahan dari blog lain, tapi aku credit kepada blog tersebut. Selalunya bahan yang aku ambil adalah gambar dan jika kamu ( empunya bahan ) tidak suka bahan kamu ada disini sila maklumkan ya, aku akan buang.

Tapi terdapat juga keadaan yang agak bodoh pelik. Mengapa aku cakap pelik? Sebab apa - apa perkataan, keadaan, ayat, atau senang cakap yang ada dalam blog dia tidak boleh ada pada blog lain. Kalau ada dikira sebagai plagiat? Mungkin disebabkan keluarga lain - lain jadi pemikiran pun berbeza juga. Haha. Bayangkan perkataan 'aku' 'kau' "lu - gua" itu pun kamu nak cakap orang tiru kamu? Kalau sehingga sesuatu perkataan pun kamu tidak mahu sama dengan blog lain, kamu cipta la bahasa sendiri. Biar blog kamu, hanya kamu dan alien sahaja yang faham.


Bergaduh sesama blogger




Keadaan ini selalunya berlaku pada blog - blog yang sudah ada "nama", pengikut, pengaruh dan macam - macam lagi. Setakat blog yang menggunakan blogspot macam Penuliscyber ni, orang tak pandang pun. Bagi aku mereka yang bergaduh ni sebenarnya menunjukkan kelemahan masing - masing. Hal kecil pun hendak dibesarkan. Masing - masing tidak mahu mengalah. Bagi aku buang masa sahaja bergaduh di blog. Lama kelamaan pengikut kamu pun jadi bosan dan menyampah. Setakat satu, dua entri yang kamu pos untuk memberi tahu yang kamu tidak puas hati dengan si polan pun sudah memadai. Tapi kalau sudah sampai tahap menghasut orang supaya membenci, eloklah berhenti. Takut - takut kamu pula yang dibenci.

Sebaik baiknya buatlah entri yang elok, berunsur ilmu dan dapat bagi manfaat kepada pembaca. Jika info kamu dicuri, selesaikanlah dengan cara yang baik sebab mungkin info kamu itu terlalu berguna serta menarik dan si polan turut mahu kongsikan di blognya. Akhir kata dari aku, Majulah Blogger untuk Negara!! ( psss.. ada orang pernah guna ayat ni, aku dikira plagiat jugak kah?? haha.. )

Komen anda adalah penghargaan untuk Penulis

Sunday, June 6, 2010

Dalam Gula ada Semut, dalam Kuaci??

Selalunya di dalam kampit gula ada semut, di dalam kampit beras ada bubuk, tetapi apa yang terdapat dalam sebungkus kuaci..??














sumber : http://ohpelik.blogspot.com

P/s: Nasib baik aku tak berapa suka makan kuaci. ;D

Komen anda adalah penghargaan untuk Penulis

Thursday, May 20, 2010

Kekasih Allah




Video ini aku temui semasa mencari idea di laman Youtube. Aku tersentuh hati apabila melihat video ini yang merupakan sebuah rancangan dari luar negara. Ia mengimbau kembali pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W terhadap umatnya. Ia juga menunjukkan bahawa ajaran Rasulullah S.A.W sesuai dilaksakan dimana - mana sekaligus menyangkal pendapat bahawa ajaran Baginda tidak lagi sesuai digunakan pada masa kini. Namun begitu, terdapat juga manusia pada zaman ini yang tergamak menghina Rasulullah S.A.W. Gambar dibawah diambil dari laman sosial Facebook. Mereka mempersendakan dan menghina Rasulullah S.A.W. Boleh jadi puncanya adalah buta hati dan cetek ilmu. Mudah - mudahan Allah bukakan pintu hatinya untuk bertaubat. Jadikanlah Rasulullah S.A.W sebagai model dan ikon kepada kita semua.





Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Komen anda adalah penghargaan untuk Penulis

Tuesday, May 11, 2010

Ip Man : Benar atau Rekaan ?




Sebagai peminat cerita aksi, Ip Man merupakan sebuah cerita yang menarik bagi aku. Ip Man merupakan seorang pengasas seni mempertahankan diri yang bernama Wing Chun. Beliau begitu terkenal di negara China, dan beliau bertambah terkenal kerana Bruce Lee merupakan salah seorang anak didik beliau. Tetapi disebalik kebenaran filem yang mengisahkan tentang tokoh seni bela diri ini rupanya telah ditokok tambah supaya jalan ceritanya menjadi menarik.
Apabila aku membaca e-book yang bertajuk Wing Chun Dummy Techniques yang ditulis oleh anak Ip Man sendiri iaitu Ip Chun, terdapat beberapa fakta yang berlainan seperti di dalam filem. Antaranya,
  1. Didalam filem, negara China telah dijajah oleh Jepun tetapi didalam buku tersebut menyatakan negara China ketika itu dijajah komunis. Adakah adegan Ip Man berlawan dengan tentera Jepun hanya rekaan?
  2. Didalam filem, Ip Man kononnya sangat akrab dengan Bruce Lee dan Bruce Lee telah mempromosikan Wing Chung ke negara-negara barat. Tetapi didalam buku tersebut menyatakan bahawa Ip Man sangat membenci Bruce Lee sehingga tidak mahu sesiapa pun bercakap mengenai Bruce Lee dihadapan beliau. Bruce Lee juga tidak mempromosikan nama Wing Chun di barat sebaliknya lebih gemar menyebut seni bela China ( Chinese Boxing ).


Untuk mendapat info dengan lebih lanjut, kamu muat turut sahaja e-book yang bertajuk Wing Chun Dummy Techniques. Walaubagaimana pun, cerita tersebut tetap menarik, selamat menonton!

Komen anda adalah penghargaan untuk Penulis

 
Penulis Cyber - Hakcipta Terpelihara 2012