Yeah, bila aku tiada idea untuk pos entri, aku akan melakukan aktiviti melawat blog. Dari
Plagiat
Pada pandangan aku, sesiapa sahaja tidak suka hasilnya ditiru. Lebih - lebih lagi entri tersebut adalah hasil "perah otak" mereka sendiri. Bayangkan jika kamu mencari idea sampai sakit - sakit kepala atau mungkin juga sampai sawan dibuatnya, tiba - tiba hasil itu dicuri. Waaaa.. Boleh bertukar jadi Hulk dibuatnya. Kalau situasi begini memang patut pun marah tapi hendak marah sekalipun biar kena pada caranya. Aku juga ada mengambil bahan dari blog lain, tapi aku credit kepada blog tersebut. Selalunya bahan yang aku ambil adalah gambar dan jika kamu ( empunya bahan ) tidak suka bahan kamu ada disini sila maklumkan ya, aku akan buang.
Tapi terdapat juga keadaan yang agak
Bergaduh sesama blogger
Keadaan ini selalunya berlaku pada blog - blog yang sudah ada "nama", pengikut, pengaruh dan macam - macam lagi. Setakat blog yang menggunakan blogspot macam Penuliscyber ni, orang tak pandang pun. Bagi aku mereka yang bergaduh ni sebenarnya menunjukkan kelemahan masing - masing. Hal kecil pun hendak dibesarkan. Masing - masing tidak mahu mengalah. Bagi aku buang masa sahaja bergaduh di blog. Lama kelamaan pengikut kamu pun jadi bosan dan menyampah. Setakat satu, dua entri yang kamu pos untuk memberi tahu yang kamu tidak puas hati dengan si polan pun sudah memadai. Tapi kalau sudah sampai tahap menghasut orang supaya membenci, eloklah berhenti. Takut - takut kamu pula yang dibenci.
Sebaik baiknya buatlah entri yang elok, berunsur ilmu dan dapat bagi manfaat kepada pembaca. Jika info kamu dicuri, selesaikanlah dengan cara yang baik sebab mungkin info kamu itu terlalu berguna serta menarik dan si polan turut mahu kongsikan di blognya. Akhir kata dari aku, Majulah Blogger untuk Negara!! ( psss.. ada orang pernah guna ayat ni, aku dikira plagiat jugak kah?? haha.. )
tiru ayat tak pe kot...hehe...yeah, ada lagi satu..blogger bercinte...ngee
ReplyDelete'AQILAH : blogger bercinta xpe.. itu best.. hehe
ReplyDeletehaha.paling teruk gadoh sampai malukan sesama sendiri. letak gambar & link. kesian.
ReplyDeleteRara Nasiha : mmg memalukan.. sebaik baiknyer ber blogging la dgn cara yg elok.. smue org suke.. ;)
ReplyDeletehahahahhaha
ReplyDelete>>___<<
mgkin blogger nak bg teguran dkt blogger lain.
tang plagiat, rilex2 sudah. ehkekekke
blog wa x der org nak plagiat. isi merapu.
tp kalau nak jugak, seeloknya bg credit
atau inform awal2. hohohohoho