updates:
Terima Kasih, Datang Lagi :)

Sunday, January 3, 2010

Cerita Kedai Kopi : Edisi 1




Entri aku tiada kena mengena dengan lagu "Cerita Kedai Kopi" dan mungkin lokasi bercerita sahaja yang sama. Dalam kemalasan kesibukan aku dengan kerja harian, dapat juga aku meluangkan masa bersama rakan + jiran di kedai makan berhampiran rumah aku. Sambil menunggu makanan yang dipesan, aku dapat mendengar beberapa pandangan mengenai isu - isu semasa yang dikemukan oleh mereka. Bagi aku apa yang diperkatakan ada benarnya dan berguna.


Semasa aku menjamu selera bersama rakan di sebuah restoran, datang seorang pakcik ( jiran di kawasan perumahan aku ) turut menumpang makan bersama kami. Pakcik itu sekadar memesan minuman dan membawa makanan sendiri iaitu nasi lemak dan kuih. Seperti biasa, pakcik itu mulakan perbualan dengan bertanya mengenai keluarga aku. Sambil berborak, dia mempelawa kami menjamu kuih yang dibawanya. Agak lama berborak tentang aku, pakcik itu kemudiannya bercerita tentang pengalamannya.

Mat Rempit

" Minggu lepas pakcik pergi ke Pulau Pinang, sampai disana sudah malam dan jalan tidak begitu sibuk. Pakcik ingatkan pakcik boleh memandu dalam keadaan tenang tetapi tidak lama selepas itu ada banyak motorsikal yang ditunggang secara laju. Dari gaya mereka pakcik yakin mereka "orang kita". Pakcik rasa kesian melihat MELAYU sekarang, seolah - olah mereka tiada masa depan. Kamu pernah nampak bangsa lain merempit? Kalau ada pun boleh dibilang dengan jari. Bagi pakcik mereka jadi begini kerana 2 perkara, MISKIN DUIT dan MISKIN PENGETAHUAN. Orang kaya tidak akan melibatkan diri dengan perkara yang bodoh ini. Orang bijak apatah lagi! "

Itulah antara komen pakcik tersebut mengenai isu rempit. Sebenarnya panjang lagi celoteh pakcik itu tetapi memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 4.07 a.m ( waktu aku menaip entri ini ) jadi terpaksa aku post sambungannya dilain masa. Bagi aku komen itu cukup berguna. Apa pendapat kamu?





Komen anda adalah penghargaan untuk Penulis

4 comments:

  1. dah lama tak jenguk blog kamu ni..sy suka cara penulisan kamu yg simple..

    oh ye, pendapat ttg entri ni..em, mmg mat rempit sinonim ngn org 'kita' sbb nyatanya majoriti penduduk negara ni pun org 'kita'.sy suka dengan pendapat pakcik tu, MISKIN. miskin akal fikiran, kaya dengan nafsu!

    ReplyDelete
  2. trime kasih ya cik kaktus..! sy pn dah jarang melawat blog ni, nk update lgi la jarang2.. hee..
    mgkin klau ade smangat nk menulis nnti sy akan mnulis balik.. ;)

    ReplyDelete
  3. hurm dop hau la nok oyap gapo

    kawe minat gop bawok muto laju2

    pie gak buke mat rempit

    :D

    ReplyDelete
  4. ha'ar setuju sgt.. mana ada org bangsa lain merempit? melayu miskin pengetahuan sbb malas, miskin duit pun sbb malas

    ReplyDelete

 
Penulis Cyber - Hakcipta Terpelihara 2012