Walaupun sudah lama aku tamat zaman persekolahan tetapi jasa-jasa guru masih
Cerita ini aku mulakan dengan kisah aku sewaktu di sekolah rendah. Pada ketika itu aku memang seorang yang
Malangnya pada pagi itu cikgu aku masuk awal ke kelas dengan dilengkapi muka yang garang beserta rotan. Aku mula berharap agar guru itu lupa tentang kerja yang dibaginya tetapi ada sahaja suara sumbang yang memusnahkan harapan aku itu. " Cikgu, kerja semalam cikgu tak mahu kutip ke? " . Ingin sahaja aku menempeleng mulut yang celupar itu tetapi bagi aku pada saat-saat yang genting ini aku perlu memikirkan cara untuk menyelamatkan diri.
Mujurlah idea bijak aku muncul di saat-saat aku memerlukannya. Aku meletakkan kepala di atas meja sambil menutup muka. Rakan di sebelah aku [Abu (bukan nama sebenar)] pun menjadi hairan.
Abu : kenapa tiba-tiba kau jadi macam ni?
Aku : aku sakit perut la.
Abu : kau pergi la ke tandas.
Aku : aku bukan nak buang air.
Abu : habis?
Aku : aku tak tahu. Perut aku senak.
Abu : kau nak aku beritahu cikgu ke?
Aku : bagus juga, lagi cepat lagi bagus. Aku dah tak tahan ni.
Abu dengan baik hatinya segera memberitahu kepada cikgu berkenaan. Cikgu memberi kebenaran kepada aku untuk ke kantin (kerana menyangka aku tidak bersarapan) dan meminta Abu untuk menemani aku. Setibanya aku ke kantin aku memberitahu perkara yang sebenar kepada Abu.
Aku : aku tak sakit apa-apa pun sebenarnya. Hehe..
Abu : habis, kenapa kau buat macam tu?
Aku : aku tak siap lagi kerja semalam. Aku takut kena marah.
Abu : eh..ada kerja ke? aku pun belum buat lagi.
Aku : jangan risau, kau duduklah dengan aku di kantin. Bila habis masa nanti,
kita balik lah ke kelas. Setuju?
Abu : Baik.
Rupa-rupanya Abu juga tidak menyiapkan kerja rumah itu. Dari kantin kami dapat menyaksikan beberapa murid yang tidak menyiapkan kerja sedang didenda. Manakala aku dan Abu bersantai di kantin sambil menikmati hidangan yang lazat (memang seronok sebab Abu belanja aku). Selepas kejadian itu aku tidak lagi meniru kerja rumah dari rakan-rakan kerana kalau "terkantoi" dengan cikgu disiplin memang bertatu la punggung aku. Pengajarannya buatlah kerja yang diberi oleh cikgu, semua itu untuk kepentingan murid juga. ;)
Selamat Hari Guru
hye..thx visiting..
ReplyDelete^_^
singgah2 la lg ea..
aku pun ada gak..
ReplyDeletecikgu tu ajr eng,smpai aku dpt C dlm spm.
kebiasaannya ku FAIL slalu lebih2 dlm FORM4 msa tu,
bile naik FORM 5,die fokus aku lebih,dan setiap test aku x FAIL dan die target aku C/B je sebab cara die ajr aku,dan aku respond ajarannya..
huhu..PN SARJIT~
sama cam kawe zaman sekolah dulu.... x siap keje je mesti abnyak prob.... pegi kantin makan tu biasa la.... naek sekolah menengah x siap keje sekolah ponteng je.... huhuhuhu
ReplyDeletekawe klu x siap keje sekolah pagi sblum anta awl gler smpai..mudah nak mniru..haha
ReplyDeletehak3...kau ni~sama mcm aku.
ReplyDeleteaku msuk bilik kaunseling 3/4 kali masa lowform n upperform~hahaha
to azri : orait..!! :)
ReplyDeleteto dBa : baiknyer cikgu ko.. tpi cikgu aku lagi baik..hehe
to pauhputik : aku klau time skolah menengah tak siap keje, lepak kat tandas la jwbnyer..hehe
to Encik Azizan : kadang-kadang kawan aku pun tak siap kerja. akhirnya sama-sama ponteng kelas..hehe
to dBa : aku pun slalu gak msuk blik kaunseling, tpi sbb nak main game je sbb kat bilik tu ade komputer(aku ahli kelab kaunseling)..hihi~
SELAMAT HARI GURU KPD SEMUA GURU DI DUNIA NIE~?!
ReplyDeletenaseb baek aku budak bijak..xperlu meniru sape..hakhakhak..(sila bwk bertenang dgn statement ini..hehe)
ReplyDeleteooo...tipu cikgu eh?ish3...=P
ReplyDeletehik hik...
ReplyDeletezaman sekolah mmg zaman paling best,kan..
cikgi2 skang pn dh ramai yg cun2...
ReplyDeleteopppsss silap topik ^_^
to hud@-- : anda ni mmg rajin dan bijak.. hehe~
ReplyDeleteto Reen : bkn tipu, mengelat jee..
to Bunga Binti Nordin : zaman skolah mmg best!! ( tpi yg x best pun ade juga) :P
to Nazra : ya..tpi klau ngorat bleh dpt ke? hoho~
haha en3 ni wat aku teringtkan zaman kanak-kanak sewaktu di tadika kemas sk jengka 18..hehehe masa mula2 kenal apa itu cikgu??
ReplyDelete